pada pasaran antarabangsa.Sekiranya anda tidak menggunakan perkhidmatanpenerimaan bayaran melalui kad kredit, anda akankehilangan beberapa peratusan pembeli yang bakalmenjadi pelanggan anda. Tetapi bagaimana andaboleh mendapatkan perkhidmatan penerimaan bayarankad kredit ini?Baiklah, sebelum saya jawab soalan tersebut, marikita renung satu kandungan emel yang saya terima.Ianya datang daripada sebuah syarikat tempatanyang baru bertapak di dalam perniagaan internet.Jelas sekali perkhidmatan yang mereka tawarkanialah sistem pemprosesan bayaran kad kredit. Kospermulaan untuk menggunakan perkhidmatan merekaialah RM5,000 dan saya kurang pasti sekiranyaada kos tambahan atau bulanan.Walaupun syarikat ini baru, saya rasa baik sayalawati laman web mereka. Produk tempatanlahkatakan. Jadi, kalau kena caranya, mengapa tidak?Mungkin saya boleh pertimbangkan untuk memberisokongan.Namun, selepas melawati laman web syarikat ini,saya sedikit kecewa.Kenapa?Sebab laman web ini belum siap sepenuhnya. Ouch!Beberapa pautan (link) yang penting mempunyai"error message" dan maklumat lanjut mengenaisyarikat ini pun tidak boleh diperolehi daripadalaman web mereka.Hmmm... saya terus ambil keputusan yang syarikatini mungkin belum bersedia lagi untuk bersaingdi bidang perkhidmatan penerimaan bayaran kadkredit. Buat pengetahuan anda, saya memangcerewet sedikit apabila memilih perkhidmatanpenerimaan bayaran kad kredit ini. Ini pentingkerana anda perlukan sekuriti yang tinggi apabilamelibatkan pembayaran kad kredit. Jika lamanweb syarikat pun tidak memberikan impresi yangbaik, agak sukar untuk saya meletakkan kepercayaanterhadap servis yang ditawarkan.Di antara kriteria yang anda perlu pertimbangkan
untuk melanggan perkhidmatan penerimaan bayarankad kredit adalah seperti berikut:* Berapakah kos atau yuran yang perlu dikeluarkan? Adakah sekali sahaja atau bulanan?* Berapakah caj yang dikenakan bagi setiap transaksi kad kredit?* Adakah syarikat perkhidmatan penerimaan bayaran kad kredit ini mempunyai reputasi (track record) yang baik.* Apakah masalah yang dihadapi oleh peniaga yang menggunakan perkhidmatan mereka sebelum ini?* Siapakah yang menguruskan syarikat tersebut?* dan beberapa perkara lagi.Jadi, untuk syarikat yang saya bincangkan di sini,saya batalkan hasrat saya untuk mengetahui servisyang mereka tawarkan dengan lebih lanjut.Selama ini saya menggunakan beberapa servispenerimaan bayaran kad kredit antarabangsa dansaya rasa mungkin belum masanya saya mencariperkhidmatan yang baru.Sekiranya berminat untuk menambahkan fasilitipenerimaan bayaran kad kredit di laman web anda,berikut adalah perkhidmatan yang saya guna dansyorkan. * 2Checkout.com - yuran USD$49 sekali sahajadan anda boleh gunakan servis ini untuk menjualbarangan fizikal dan digital. Mempunyai sistemaffiliate sendiri. Caj 5.5% + $0.45 USD daripadasetiap nilai jualan dikenakan. * ClickBank.com - yuran pengaktifan USD$49.95sekali sahaja tetapi usahawan internet Malaysiamempunyai sedikit masalah untuk menggunakanservis mereka. Ebook "Missing Chapter" adamembincangkan masalah ini. Mempunyai sistemaffiliate sendiri dan cuma membenarkan peniagamenjual barangan digital sahaja. Caj 7.5% + $1 USDdaripada setiap nilai jualan dikenakan. * PayPal.com - percuma dan sekarang anda bolehmengeluarkan wang dari PayPal anda terus ke dalamkad kredit Visa anda. PayPal memang banyak digunakan
kerana ianya percuma tetapi pada masa yang sama,terdapat juga masalahnya yang tersendiri. Tidakmempunyai sistem affiliate sendiri tetapi andaboleh gunakan service dari PayDotCom.com untuktujuan pemasangan sistem affiliate. Caj 2.9% +$0.30 USD daripada nilai jualan dikenakan .Ketiga-tiga servis di atas telah saya gunakanbertahun-tahun lamanya. Anda juga boleh pertimbangkanperkhidmatan yang diberikan di atas untuk kemudahanpembayaran pembelian produk yang anda jual di Internet.Mengenai PenulisZamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaanInternet sejak tahun 2003. Internet juga memberikanZamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau,menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjanapendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puassekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkarrahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawatilaman web beliau di http://www.rpd.onlinejual.com/untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.